Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg
pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu?
Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh
penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup
kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau
mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di
bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika
usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi
terlalu pelupa.
Antaranya ialah:
1)Amalkan Tidur Yang Cukup
2)Mengawal Tekanan
3)Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan
Tambahan
4)Bersenam
5)Elakkan Kemurungan
6)Awasi Pengambilan Ubat
7)Belajar Sesuatu yang Baru
8)Permainan
9)Banyak Membaca
10)Katakan Berulang Kali
11)Fokus
12)Bermain Dengan Angka
13)Membaca Al-Quran
Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun adaorang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badanperlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yangtelah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untukmempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malamhari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteramdan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderunguntuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran.Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda jugaterjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik sepertibermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dansebagainya. Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau MakananTambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasitidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan dayaingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu,lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuhbadan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor ygbertauliah sebelum membeli makanan tambahan. Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkanperedaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akanmenjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda danmembuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilahkemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atauberamal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan. Awasi Pengambilan Ubat Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilanubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi,anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgnmengambil ubat tanpa arahan doktor. Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek,menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi. Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda. Banyak Membaca Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian.Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamdaya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung didalam bahan bacaan. Katakan Berulang Kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan. Bermain Dengan Angka Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu,anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagimeningkatkan daya ingatan. Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membacaAl-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Moga-moga kita dapat ambil manfaat daripadanya dan amalkannya, jangan sekadar baca saje..
No comments:
Post a Comment