Thursday, July 30, 2009

: senarai makanan & hikmahnya dalam islam

Daging kuda:

Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan

kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.

(Dengar drpd motivasi Dr. Fadzilah Kamsah)

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik

imasak

dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum

dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang

sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat

sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan

potong roti dengan pisau.

hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah

menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,

melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas

dalam

usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu

disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh

menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan

memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu

lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah

memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur

dengan

cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melem b! apkan. Baik untuk

enghilangkan

sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis

makanan

yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya

juga

sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan

air

kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga

dan

dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji

habb

al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".

Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu

ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk

merawat 'leukoder m! a' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna

untuk

menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak

dan

badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan

terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah

daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai

penawar

untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah

ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk

dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid

(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti

mukmin:

bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta

dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan

kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil.

Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang

direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut

yang

memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah

rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma

atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan

parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini

mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama

daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam

(setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur

melegakan

apabila kita melecur atau ! kulit terbakar dan menghilangkan parut

pada

kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim

adalah

yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi.

Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana

sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke

atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada

hulbah,

mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat

hulbah

membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit

perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk

memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika

anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana

sebenarnya

inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya

menyembuhkan penyakit buasir ! dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan,

bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang

tidak

dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas

dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk,

untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan

serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon

ini

maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama

bersama kami."

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar

racun.

Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada

makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman

Allah

Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,d i! beri dari

sejenis

minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu

penghadaman

dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas

calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit

dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat

panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang

diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki

menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah

ini

apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit

birit.

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah

madu.

Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di

dalamnya.

Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta

penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu,

dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi

ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan

ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam

musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang

kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk

(winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah

dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik

untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang

akan

menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan

kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia

melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit

gangguan

mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya

juga

>melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan

daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan.

Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga

tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging

secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya

bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah

daging

kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi

haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda

sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda,

keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga

melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging

binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

No comments:

Post a Comment